Rancangan Pengajaran Untuk Murid Pintar
Aktiviti 1:
Mengukur isipadu silinder menggunakan bukan unit piawai
Hasil Pembelajaran:
Murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan bukan unit piawai.
Alat Bantu Mengajar:
- Botol mineral (1.5 liter dan 500ml)
- Gelas plastik
- Sebaldi air
Langkah Pengajaran:
- Guru menayangkan pelbagai saiz bekas minuman kepada pelajar dan bertanyakan soalan mengenai kegunaan bekas minuman tersebut.
- Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
- Seorang pencatat dilantik untuk merekodkan pemerhatian.
- Setiap kumpulan diberikan 2 botol mineral berlainan isipadu dan 5 gelas plastik yang mempunyai isipadu sama.
- Seorang wakil murid di kehendaki menuangkan air dari dalam botol mineral ke dalam gelas-gelas yang telah disediakan sehingga botol mineral itu menjadi kosong.
- Guru membimbing murid untuk mengira bilangan gelas yang telah diisikan tadi. Murid akan mencatat bilangan gelas yang telah digunakan ke dalam jadual keputusan.
- Guru berbincang dengan murid bagi menyatakan bekas yang manakah yang mempunyai kurang isipadu cecair dan bekas yang manakah paling banyak isi padu cecair.
Keputusan:
Botol besar (1500ml) | Botol kecil (500ml) | |
Jumlah gelas dipenuhkan |
Aktiviti 2:
Mengukur Isipadu Cecair Menggunakan Silinder Penyukat
Hasil Pembelajaran
Murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit piawai dengan betul.
Alat Bantu Mengajar
- Botol mineral (1.5 liter dan 500ml)
- Silinder penyukat
- Corong
- Sebaldi air
Langkah Pengajaran:
- Set Induksi- guru menayangkan pelbagai saiz bekas air mineral kepada pelajar dan bertanyakan soalan mengenai kegunaan air mineral kepada manusia.
- Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
- Seorang pencatat dilantik untuk merekodkan pemerhatian.
- Setiap kumpulan mengukur 300ml air menggunakan silinder penyukat.
- Air sebanyak 300ml tadi dimasukkan ke dalam bekas air mineral kecil (500ml)
- Langkah 4 diulang dan sebanyak 300ml air juga dimasukkan ke dalam bekas air mineral besar (1500ml)
- Pelajar diminta memerhatikan dan membandingkan ketinggian aras air yang dimasukkan ke dalam kedua-dua botol air mineral tadi.
- Guru memberi penerangan kepada pelajar bahawa isipadu air di dalam kedua-dua bekas mineral tersebut adalah sama walaupun ketinggian aras air tidak sama.
- Isipadu air adalah tetap dan tidak berubah walaupun dimasukkan kedalam pelbagai bentuk bekas.
Rancangan Pengajaran Untuk Murid Lemah
Aktiviti 1:
Menyukat isi padu bekas dengan menggunakan bukan unit piawai.
Hasil Pembelajaran:
Murid boleh mengukur isipadu cecair menggunakan bukan unit piawaian.
Alat Bantu Mengajar:
- Bekas pelbagai saiz (bekas A dan bekas B)
- Gelas plastik
- Sebaldi air berwarna
Langkah Pengajaran:
- Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mestilah mempunyai seorang ketua dan seorang pencatat.
- Setiap kumpulan akan mendapat 2 bekas minuman kosong (bekas A dan B) dalam pelbagai saiz, 1 gelas plastik dan sebaldi air berwarna.
- Setiap kumpulan diminta untuk mengisikan air ke dalam bekas A menggunakan gelas plastik. Pencatat akan mencatat jumlah gelas plastik yang digunakan untuk memenuhkan bekas A.
- Murid akan mengulangi langkah yang sama untuk menyukat isipadu air bagi memenuhkan bekas B.
- Pencatat akan merekodkan keputusan di dalam jadual keputusan.
- Guru dan murid berbincang tentang keputusan yang didapati.
Keputusan:
Bekas A | Bekas B | |
Bilangan gelas plastik digunakan |
Aktiviti 2:
Mengukur isipadu cecair bagi bekas pelbagai saiz
Hasil Pembelajaran:
Murid boleh mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawaian yang betul
Alat Bantu Mengajar:
- Bekas pelbagai saiz (bekas A,B,C dan D)
- Silinder penyukat
- Air berwarna
- Lembaran kerja
Langkah Pengajaran:
- Set induksi – Guru memperkenalkan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai senggatan dan alat yang boleh di baca dengan tepat.
- Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
- Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
- Beri setiap kumpulan 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu silinder penyukat unit l.
- Setiap kumpulan mengisi setiap bekas berkenaan menggunakan air berwarna sehingga penuh.
- Mereka kemudiannya mengukur isipadu air berwarna dari bekas berkenaan dengan menggunakan silinder penyukat.
- Pencatat dari setiap kumpulan akan merekodkan keputusan di dalam jadual.
- Sambil itu guru memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair , liter ( l ) dan milliliter (ml)
Keputusan:
Bekas | Isipadu (ml) |
A | |
B | |
C | |
D |
No comments:
Post a Comment