Sunday, November 7, 2010

Alat Bantu Mengajar

Alat Bantu Mengajar (ABM)
Untuk memahami konsep isipadu kepada murid-murid tahun 2, guru perlu menggunakan pelbagai warna cecair untuk mendapatkan perbezaan cecair dalam pelbagai bekas. Bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan mestilah sesuai, releven dan mudah diperolehi. Selain itu, bekas-bekas seperti bekas minuman, cawan kertas, cawan plastik dan botol minuman sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran topik isipadu cecair kepada murid.





 
1. Botol air mineral (500ml dan 1.5l)
Botol air mineral yang digunakan sebagai bekas penyukat ini mudah didapati di merata-rata tempat. Ia juga tidak asing kepada pelajar kerana minuman kesukaan pelajar. Bentuknya yang menjadi lebih lutsinar apabila pembalutnya dibuang. Ia membolehkan pelajar dapat melihat terus ke dalam bekas. Kos yang mahal tidak diperlukan untuk alatan ini. 

2. Baldi air
Baldi digunakan untuk mengisi suatu kuantiti cecair yang banyak seperti air.


3. Silinder Penyukat
Silinder penyukat digunakan untuk mengukur isipadu cecair dengan tepat. Silinder penyukat selalunya digunakan di makmal sains untuk tujuan mengukur isipadu cecair seperti bahan kimia yang digunakan di dalam eksperimen.


4.Corong
Corong digunakan untuk memudahkan pelajar memindahkan air dari baldi ke dalam silinder penyukat.

Rancangan Pengajaran Isipadu Cecair

Rancangan Pengajaran Untuk Murid Pintar

Aktiviti 1:
Mengukur isipadu silinder menggunakan bukan unit piawai

Hasil Pembelajaran:
Murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan bukan unit piawai.

Alat Bantu Mengajar:
  1. Botol mineral (1.5 liter dan 500ml)
  2. Gelas plastik
  3. Sebaldi air

Langkah Pengajaran:
  1. Guru menayangkan pelbagai saiz bekas minuman kepada pelajar dan bertanyakan soalan mengenai kegunaan bekas minuman tersebut.
  2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
  3. Seorang pencatat dilantik untuk merekodkan pemerhatian.
  4. Setiap kumpulan diberikan 2 botol mineral berlainan isipadu dan 5 gelas plastik yang mempunyai isipadu sama.
  5. Seorang wakil murid di kehendaki menuangkan air dari dalam botol mineral ke dalam gelas-gelas yang telah disediakan sehingga botol mineral itu menjadi kosong.
  6. Guru membimbing murid untuk mengira bilangan gelas yang telah diisikan tadi. Murid akan mencatat bilangan gelas yang telah digunakan ke dalam jadual keputusan.
  7. Guru berbincang dengan murid bagi menyatakan bekas yang manakah yang mempunyai kurang isipadu  cecair  dan bekas yang manakah paling banyak isi padu cecair.
Keputusan:


Botol besar (1500ml)
Botol kecil (500ml)
Jumlah gelas dipenuhkan



Aktiviti 2:
Mengukur Isipadu Cecair Menggunakan Silinder Penyukat

Hasil Pembelajaran
Murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit piawai dengan betul.

Alat Bantu Mengajar
  1. Botol mineral (1.5 liter dan 500ml)
  2. Silinder penyukat
  3. Corong
  4. Sebaldi air

Langkah Pengajaran:
  1. Set Induksi- guru menayangkan pelbagai saiz bekas air mineral kepada pelajar dan bertanyakan soalan mengenai kegunaan air mineral kepada manusia.
  2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
  3. Seorang pencatat dilantik untuk merekodkan pemerhatian.
  4. Setiap kumpulan mengukur 300ml air menggunakan silinder penyukat.
  5. Air sebanyak 300ml tadi dimasukkan ke dalam bekas air mineral kecil (500ml)
  6. Langkah 4 diulang dan sebanyak 300ml air juga dimasukkan ke dalam bekas air mineral besar (1500ml)
  7. Pelajar diminta memerhatikan dan membandingkan ketinggian aras air yang dimasukkan ke dalam kedua-dua botol air mineral tadi.
  8. Guru memberi penerangan kepada pelajar bahawa isipadu air di dalam kedua-dua bekas mineral tersebut adalah sama walaupun ketinggian aras air tidak sama.
  9. Isipadu air adalah tetap dan tidak berubah walaupun dimasukkan kedalam pelbagai bentuk bekas.


Rancangan Pengajaran Untuk Murid Lemah

Aktiviti 1:
Menyukat isi padu bekas dengan menggunakan bukan unit piawai.

Hasil Pembelajaran:
Murid boleh mengukur isipadu cecair menggunakan bukan unit piawaian.

Alat Bantu Mengajar:
  1. Bekas pelbagai saiz (bekas A dan bekas B)
  2. Gelas plastik
  3. Sebaldi air berwarna
Langkah Pengajaran:
  1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mestilah mempunyai seorang ketua dan seorang pencatat.
  2. Setiap kumpulan akan mendapat 2 bekas minuman kosong (bekas A dan B) dalam pelbagai saiz, 1 gelas plastik dan sebaldi air berwarna.
  3. Setiap kumpulan diminta untuk mengisikan air ke dalam bekas A menggunakan gelas plastik. Pencatat akan mencatat jumlah gelas plastik yang digunakan untuk memenuhkan bekas A.
  4. Murid akan mengulangi langkah yang sama untuk menyukat isipadu air bagi memenuhkan bekas B.
  5. Pencatat akan merekodkan keputusan di dalam jadual keputusan.
  6. Guru dan murid berbincang tentang keputusan yang didapati.

  Keputusan:

Bekas A
Bekas B
Bilangan gelas plastik digunakan




Aktiviti 2:
Mengukur isipadu cecair bagi bekas pelbagai saiz

Hasil Pembelajaran:
Murid boleh mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawaian yang betul

Alat Bantu Mengajar:
  1. Bekas pelbagai saiz (bekas A,B,C dan D)
  2. Silinder penyukat
  3. Air berwarna
  4. Lembaran kerja
Langkah Pengajaran:
  1. Set induksi – Guru memperkenalkan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai senggatan dan alat yang boleh di baca dengan tepat.      
  2. Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
  3. Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
  4. Beri setiap kumpulan 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu silinder  penyukat unit l.
  5. Setiap kumpulan mengisi setiap bekas berkenaan menggunakan air berwarna sehingga penuh.
  6. Mereka kemudiannya mengukur isipadu air berwarna dari bekas berkenaan dengan menggunakan silinder penyukat.
  7. Pencatat dari setiap kumpulan akan merekodkan keputusan di dalam jadual.
  8. Sambil itu guru memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair , liter ( l ) dan milliliter (ml)
       Keputusan:


Bekas
Isipadu (ml)
A

B

C

D

Video Alat Mengukur Isipadu Cecair